my life ツ

Friday, 29 March 2013

I need you :'(






Awak..

hari-hari saya tunggu mesej dari awak,
hari-hari saya tunggu awak telefon saya,
hari-hari saya terfikir tentang awak,
awak ada dekat mana sekarang?


Awak..

awak sehat tak sekarang ni?
Awak ingat dekat saya tak?
Awak rindu saya tak?
Awak masih sayang dekat saya lagi tak?


Awak..

saya selalu mendoakan agar awak sehat selalu,
saya selalu berharap agar awak faham isi hati saya,
saya selalu terfikir tentang awak,
saya selalu berharap agar awak cari saya balik.


Awak..

ketahuilah isi hati yang saya pendamkan selama ini untuk awak.

Awak..
ingatlah bahawa saya akan tetap tunggu awak sampai bila-bila.

Saturday, 9 February 2013

mungkin




saya mungkin somebody yang awak sangat sayang dan cintai.
saya mungkin somebody yang awak pernah sayang dan cinta.
saya mungkin cuma satu persinggahan dalam hidup awak.
saya mungkin cuma satu babak dalam perjalanan cerita hidup awak.
saya mungkin cuma peneman bila awak sunyi.
saya mungkin jugak cuma teman bila awak gembira.

saya mungkin antara orang orang yg awak paling benci dalam hidup awak.
saya mungkin orang yang selalu menyakitkan hati awak.
saya mungkin orang yang selalu buat awak menangis.
saya mungkin orang yang cuba merampas kebahagiaan orang lain.

tapi kasih dan sayang saya kat awak ikhlas.
saya dah serahkan segalanya pada awak.
sebab tu saya rasa saya seolah olah hilang segalanya bila awak pergi.
sebab tu saya rasa susah sangat nak terima perpisahan.

saya doakan awak bahagia dengan girlfrend.
sedalam mana sayang dan cinta saya pada awak..
sekuat mana hasrat saya nak jadikan awak suami saya yang sah..
sebanyak mana saya impikan nak bina keluarga saya dengan awak..

sebanyak tu jugaklah saya nak awak bahagia dengan family awak sekarang.
sekuat tu jugaklah saya nak tengok awak berubah jadi lebih baik.

saya mintak awak jangan buang saya terus dari hati awak.
biar memori saya dan awak..
awak dan saya simpan dan kunci jauh jauh dalam lubuk hati.

beri saya sikit masa nak buang perasaan saya kat awak.
insya allah saya belajar sikit sikit untuk buang perasaan ni.
saya tak mahu kita saling membenci..
saling bermusuh..
awak tahu saya sayangkan awak.
dan saya tahu awak sayangkan saya.
yang dah lepas biarkan jadi memori.
kita sama sama usaha dan berdoa untuk masa depan.
saya selalu doakan awak dari jauh.
insya allah.

kalaulah awak tahuu :')




khas untuk awak yang saya sayang :)

kalaulah awak tahu bertapa saya masih mengharapkan awak

kalaulah awak tahu saya asyik fikirkan awak
kalaulah awak tahu saya masih tunggu awak walaupun saya cakap tidak

kalaulah awak tahu bertapa cemburunya saya tengok awak tweet dengan orang lain
kalaulah awak tahu bertapa saya sayangkan awak
kalaulah awak tahu saya mengharapkan kata cinta seperti selalu dari awak
kalaulah awak tahu saya merindui awak sangat sangat
kalaulah awak tahu saya betul betul perlukan awak
kalaulah awak tahu saya ingin lupakan awak walaupun susah
kalaulah awak tahu saya tidah mahu endah perasaan saya dengan awak walaupun sedikit

kalaulah awak tahu saya asyik fikirkan awak dah tak sayang saya lagi
kalaulah awak tahu apa yang saya alami tanpa awak
kalaulah awak tahu apa saya buat dan lakukan tanpa awak
kalaulah awak tahu semuanya

kalaulah kalaulah kalaulah :')

Sunday, 2 December 2012

awak tetap dihati saya :')




awak..
kalau awak rindu saya.. pandanglah ke bulan..
orang kata..
bulan ini umpama cermin..
dimana saja awak dan saya berada..
kita tetap pandang pada bulan yang sama..



awak.. 
kalau awak ingatkan saya.. pejamlah mata..
awak pasti dapat lihat saya..
sebab saya selalu ada dalam hati awak..


awak..
kalau awak rasa sedih.. 
ingatlah saat pertama kali kita berjumpa..
pasti awak akan tersenyum..
kerana itu kenangan manis yang tak pernah kita sangka..


awak..
kenapa sekarang awak da tak ingat saya?
awak da tak rindu saya?
awak da tak sayang saya?
saya selalu pandang pada bulan bila saya rindukan awak..


awak..
kenapa awak pergi tinggalkan saya?
saya masih setia tunggu awak disini..
sampainya hati awak..
tinggalkan saya sendirian..



awak.. 
biarpun awak da tak ada dengan saya..
tapi awak perlu tahu..
awak tetap ada dihati saya..
sampai bila-bila..




kerana.. awak anugerah terindah pernah saya terima..
terima kasih awak..:)


*you are only far away from me in distance,
but..
you are right here
in my mind and my heart..

Friday, 26 October 2012

hati saya terluka :')

awak...

sampai hati awak buat saya macamni...
kejamnya awak..
saya benci awak..
saya tak nak jumpa awak lagi..

awak...

sakitkannya hati ini dibuatnya
walau berkali kawan saya kata
lupakan dia..
tapi saya tak peduli..

awak..

memang betul pun kata kawan saya
awak memang pelik..
 awak suka berubah sikap..
awak akan buat sesuka hati awak..
awak tak peduli tentang perasaan orang lain..
yang awak peduli hanyalah perasaan awak sendiri..
itu sebab awak kata
tak ada orang yang faham awak..

awak..

disebabkan sikap awak inilah
buat saya tertekan..walaupun kita dah tak ada apa apa hubungan
awak biarkan saya sakit hati dengan sikap awak
manakala awak bersenang lenang
seolah-olah awak tidak buat kesalahan
terhadap diri saya ini 

awak..

saya masih lagi anggap awak sebagai teman saya
cuma buat masa sekarang,
saya masih tak boleh memaafkan awak..
saya masih marah dengan sikap awak...
maaf ye..
tapi awak jangan risau..
saya akan maafkan awak..cuma saya perlukan waktu..

saya harap awak jangan terlalu angkuh
seolah-olah awak akan tahu
apakah tindakan saya seterusnya..

awak..
satu pesanan saya..
jangan lah awak menghukum semua orang
kalau hanya seorang yang buat awak sakit hati
dan tolong jangan sama kan saya dengan 
kawan-kawan awak yang lain..

awak..
saya sengaja memberi peluang pada awak supaya saya tidak samakan
awak dengan kawan-kawan yang sebelum ini...

tetapi nampak gayanya saya terpaksa samakan awak dengan 

kawan-kawan saya yang lain yang pernah sakitkan hati saya.. :')

Thursday, 23 August 2012

Miss yOu :'(



Sebenarnya..


Aku rindu Dia. Kau!!! Aku Rindu kau. Sangat-sangat. Kau mesti tak tahu kan? Dan kau mesti tak rindukan aku macam aku rindukan kau. *As expected. Sokay, I understand :)


Aku tak tahu mana nak start. Aku tak tahu macam mana nak layan kau macam aku layan kawan-kawan yang lain. Sumpah! aku rindu nak cakap gn kau. Aku rindu nak dengar kau gelak. Aku rindu nak tengok kau senyum. Tapi aku tau ni yang terbaik. Menjauh kan diri.

Sebab..

Bila aku dekat dengan kau, kau pun tau yang aku tak kan layan kau mcm kawan-kawan biasa. Kau tau tu kan? Maaf. Aku banyak tipu. Apa aku rasa kat kau. Apa aku rasa dengan semua yang jadi. Aku tak kesah dengan semua ni?? Ye..Semua nye aku tipu.

Sebab..

Aku tak nak kau nampak aku lemah sangat. Aku tak nak kau nampak aku sedih. Aku tak nak kau rasa bersalah. Yes. To be honest! Aku tak salahkan kau. Kau tau, aku sedih sangat. Sebab.. Physically kita dekat tapi reality kita dah jauh. Sangat-sangat jauh.




Aku selalu fikir.. Kenapa kita jadi macam ni. Sometimes, i hate my self because i might only take few second to say hello but takes forever to say goodbye. But again i believe everything happend for a reason. Tiada siapa untuk dipersalahkan dan aku percaya semuanya akan baik- baik saja.

Bila berdepan dengan kau, Aku selalu berharap kau akan tegur aku dulu. Aku selalu berharap kau akan memulakan perbualan. Tapi.. ehmm Bodoh kan aku sebab fikir macam tu. Kenapa bukan aku je yang start dulu. Mustahil. Bukan sebab aku tak suka. Jauh sekali benci. Tapi.. Aku tak nak orang nampak kelemahan aku. Again, Bodoh sangat sbb fikir macam tu.

Sekarang..

Aku cuba gembira dan bahagia dengan kawan-kawan lain. Rasa kosong sebab tak de kau.. Maaf la. Aku ni noob sgt! Annoying kan aku? ye.. aku tau.

MUNGKIN.. Suatu hari nanti, kau dan aku bolej jadi seperti dulu. Mungkin! Just go with the flow. Dan doa semoga 'DIA' tunjukkan jalan yang terbaik buatku. Amin :)

hey korang boleh tak tolong FAHaM aku !

tolonglah jangan kaitkan aku dengan sesiapa.
aku memang cepat mesra dengan orang.
tapi aku jugak cepat renggang.
tapi bila aku mesra dengan seseorang,
tolonglah jangan buat spekulasi yang boleh mengundang kontroversi.

bila aku cakap aku TAK SUKA.
tu maknanya aku memang tak suka.
tak perlu tunggu aku ulang perkara sama untuk berkali-kali.
tak perlu tunggu aku untuk cakap aku TAK SUKA dua, tiga kali.

buat masa sekarang, aku hanya ingin berkawan.
dalam hidup aku, takde yang aku harapkan.
dalam hati aku, takde yang aku impikan.
so, please. jangan buat macam aku ni desperate sangat kat someone.

kadang-kadang percakapan korang tu yang buatkan aku renggang dengan korang.

aku berdiam bukan aku marah.
aku menjauhkan diri bukan aku cemburu.
tapi aku penat rapat dengan seseorang tapi pada akhirnya aku dikhianati.

dunia sebenar dan dunia alam maya itu tak banyak bezanya.
dulu aku lebih prefer kawan2 dunia alam maya sebab mereka best.
tapi sekarang, kawan2 dunia sebenar lagi menceriakan hidup aku.
sebab mereka akan selalu disini disisi aku.
berkawan bukan untuk mendapatkan sesuatu.
tapi berkawan dengan ikhlas.

korang tak payah berkias-kias kalau nak marah aku.
korang tak payah nak sindir-sindir kalau tak puas hati ngan aku.
PM aku, marah je aku. bagitau je aku kalau kau menyampah dengan aku.