my life ツ

Thursday, 23 August 2012

Miss yOu :'(



Sebenarnya..


Aku rindu Dia. Kau!!! Aku Rindu kau. Sangat-sangat. Kau mesti tak tahu kan? Dan kau mesti tak rindukan aku macam aku rindukan kau. *As expected. Sokay, I understand :)


Aku tak tahu mana nak start. Aku tak tahu macam mana nak layan kau macam aku layan kawan-kawan yang lain. Sumpah! aku rindu nak cakap gn kau. Aku rindu nak dengar kau gelak. Aku rindu nak tengok kau senyum. Tapi aku tau ni yang terbaik. Menjauh kan diri.

Sebab..

Bila aku dekat dengan kau, kau pun tau yang aku tak kan layan kau mcm kawan-kawan biasa. Kau tau tu kan? Maaf. Aku banyak tipu. Apa aku rasa kat kau. Apa aku rasa dengan semua yang jadi. Aku tak kesah dengan semua ni?? Ye..Semua nye aku tipu.

Sebab..

Aku tak nak kau nampak aku lemah sangat. Aku tak nak kau nampak aku sedih. Aku tak nak kau rasa bersalah. Yes. To be honest! Aku tak salahkan kau. Kau tau, aku sedih sangat. Sebab.. Physically kita dekat tapi reality kita dah jauh. Sangat-sangat jauh.




Aku selalu fikir.. Kenapa kita jadi macam ni. Sometimes, i hate my self because i might only take few second to say hello but takes forever to say goodbye. But again i believe everything happend for a reason. Tiada siapa untuk dipersalahkan dan aku percaya semuanya akan baik- baik saja.

Bila berdepan dengan kau, Aku selalu berharap kau akan tegur aku dulu. Aku selalu berharap kau akan memulakan perbualan. Tapi.. ehmm Bodoh kan aku sebab fikir macam tu. Kenapa bukan aku je yang start dulu. Mustahil. Bukan sebab aku tak suka. Jauh sekali benci. Tapi.. Aku tak nak orang nampak kelemahan aku. Again, Bodoh sangat sbb fikir macam tu.

Sekarang..

Aku cuba gembira dan bahagia dengan kawan-kawan lain. Rasa kosong sebab tak de kau.. Maaf la. Aku ni noob sgt! Annoying kan aku? ye.. aku tau.

MUNGKIN.. Suatu hari nanti, kau dan aku bolej jadi seperti dulu. Mungkin! Just go with the flow. Dan doa semoga 'DIA' tunjukkan jalan yang terbaik buatku. Amin :)

hey korang boleh tak tolong FAHaM aku !

tolonglah jangan kaitkan aku dengan sesiapa.
aku memang cepat mesra dengan orang.
tapi aku jugak cepat renggang.
tapi bila aku mesra dengan seseorang,
tolonglah jangan buat spekulasi yang boleh mengundang kontroversi.

bila aku cakap aku TAK SUKA.
tu maknanya aku memang tak suka.
tak perlu tunggu aku ulang perkara sama untuk berkali-kali.
tak perlu tunggu aku untuk cakap aku TAK SUKA dua, tiga kali.

buat masa sekarang, aku hanya ingin berkawan.
dalam hidup aku, takde yang aku harapkan.
dalam hati aku, takde yang aku impikan.
so, please. jangan buat macam aku ni desperate sangat kat someone.

kadang-kadang percakapan korang tu yang buatkan aku renggang dengan korang.

aku berdiam bukan aku marah.
aku menjauhkan diri bukan aku cemburu.
tapi aku penat rapat dengan seseorang tapi pada akhirnya aku dikhianati.

dunia sebenar dan dunia alam maya itu tak banyak bezanya.
dulu aku lebih prefer kawan2 dunia alam maya sebab mereka best.
tapi sekarang, kawan2 dunia sebenar lagi menceriakan hidup aku.
sebab mereka akan selalu disini disisi aku.
berkawan bukan untuk mendapatkan sesuatu.
tapi berkawan dengan ikhlas.

korang tak payah berkias-kias kalau nak marah aku.
korang tak payah nak sindir-sindir kalau tak puas hati ngan aku.
PM aku, marah je aku. bagitau je aku kalau kau menyampah dengan aku.


       Salam semua..Tajuk entri aku kali ini ialah menangis,aku sangat pasti setiap orang pernah melalui waktu2 sedih dalam hidup kan,tak kira la perkara tu kecil ataupun besar asalkan ianya boleh membuatkan kita rasa sedih dan mengalirkan air mata.Tapi sedih tu tak semestinya kita mengalirkan airmata je kan,lebih2 lagi bagi kaum lelaki, bagi mereka kalau keluar airmata jatuh la ego!!!..ye ke bang?? nanti ego jatuh besama air mata ye. Yang pasti lelaki pun menangis juga kalau sesuatu perkara tu amat menyedihkan.Aku penah je tengok lelaki menangis!!! ayah aku! siyes!

      Apa yang membuatkan korang menangis ek? ada banyak sebab kan,tapi kadang2 kita menangis untuk sesuatu perkara yang tah apa2.Contohnya bile pelajar feberet korang dalam Akademi Fantasia disingkirkan,nangis bila tengok drama2 yang menyayat hati ( aku slalu gak ni kalo tgk drama arahan Rashid Sibir), nangis bila bf korang batalkan janji last2 minit (ade gak.hehe),nangis bila tengok hindustan, nangis sebab kucing hilang.Banyak lagi la kalau nak senaraikan.

     Orang cakap yang selalu keluarkan air mata ni kaum wanita sebab tu la bak kata orang airmata tu senjata wanita, memang betul pun! tu aku sangat mengakuinya. Lelaki ni menangis juga tapi mereka dah diajar dari kecik supaya menjadi hati batu,kuat dan cekal sebab tu la sangat susah nak melihat mereka menangis. Tabahnya kamu wahai lelaki! Dan kalau kita melihat seorang lelaki tu menangis pula bukan lah bermaksud yang mereka ni pondan atau lemah, tetapi mereka tak dapat membendung lagi kesedihan tu.Maafkan lah mereka, mereka juga manusia yang punya hati dan perasaan!

Cinta dan persahabatan ? Aku lebih rela memilih ....

 Cinta dan persahabatan . 
Ada kalanya  indah , 
ada kalanya suram tak bererti.

" Mengapa mengejar cinta yang tak berkesudahan sedangkan adanya persahabatan yang tulus namun tak dapat dilihat dengan mata kasar. Hanya dengan mata hati. "


Aku pernah mengejar cinta seseorang yang tidak berbalas dalam diam. tapi , apabila cinta dibalas .. 

Baru aku sedar tentang erti kehidupan.
Baru aku sedar yang aku sudah tersilap langkah.
Baru aku sedar yang aku masih belum bersedia untuk menghadapi semua.

Aku sendiri gagal untuk menerima cinta yang dibalas kerana aku masih ragu  - ragu dengan diri aku sendiri. Dan , kepercayaan aku pada dia masih belum sempurna. Mungkin ada sebab mengapa aku memilih keputusan ini. Ya . Memang ada.

Demi persahabatan yang telah terbina sekian lama , aku cuba untuk membuang perasaan ini dari menguasai diriku. Aku juga tak mahu hubungan persahabatan ini terjejas gara - gara timbulnya perasaan asing itu.

Persahabatan lebih unggul daripada percintaan. Tanpa persahabatan , cinta akan berakhir. Tetapi , tanpa percintaan .. persahabatan akan terus kekal.  Dan kerana itulah aku memilih persahabatan.

Bagi aku ,seseorang jarang boleh hidup tanpa adanya sebuah persahabatan. Kerana persahabatan itulah yang menceriakan hari yang suram. 


                     

  



My Heart Whispering : Semua yang berlaku atas ketentuannya. Kita sebagai manusia hanya mampu pasrah dan redha dengan takdir yang telah ditetapkan.