my life ツ

Friday 17 February 2012

Kalaulah Awak Tahu.....

Kalaulah Awak Tahu.....

Buat Awak...


Bila saya jatuh cinta, tak semestinya saya
 nak awak punya segalanya
 tetapi awak adalah segala-galanya di hati saya.

Kalaulah awak tahu....
Bila saya mengalirkan air mata, tu tak bermakna saya lemah,
 tapi saya sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai
 dan menyayangi awak.

Kalaulah awak tahu....
Kenapa saya suka cakap banyak, saya tak pernah bermaksud
 untuk membuat awak rimas, tapi saya nak 
awak kenal saya
 dengan lebih dekat dan sape saye yang sebenarnya.

Kalaulah awak tahu....
Bila saya cakap nak awak berubah, itu tak bermakna
 saya tak boleh terime awak seada apanya awak, tetapi 
saya nak awak jadi yang terbaik di mata saya, bukan
 untuk saya tapi untuk mase depan kita.

Kalaulah awak tahu....
Bila saya cemburu tak bermakna saya tak sayang awak..
.tetapi saya terlalu sayangkan awak.

Kalaulah awak tahu....
Bila saya merajuk, saya bukan seorang yang mengada-ngada
 Saya bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
 atau hadiah sedozen,
 tetapi cukuplah dengan perhatian yang boleh
 buat saya rasa dihargai.

Kalaulah awak tahu....
Bila saya jarang cakap yang saya sayangkan awak, tak bermaksud
 saya tak menyintai awak tapi saya nak awak sendiri 
yang tahu cinta saya pada awak.

Kalaulah awak tahu....
Bila saya cakap saya rindu awak, saya betul-betul rindukan awak
 sehinggakan saya boleh menangis bila saya terlalu rindukan awak.

Kalaulah awak tahu....
Bila saya degil, saya tak bermaksud nak jadi degil tapi saya
 nak tengok sejauh mana awak mampu untuk bersabar dengan
 perangai saya.
 Percayalah awak, hati perempuan itu sangat lembut. Kalau kena
 dengan caranya,
 jangan terkejut kalau akhirnya saya menukar
 fikiran saya dalam masa sesaat.

Kalaulah awak tahu...
Bila saya cakap, “tolong tinggalkan saya!”,
 saya tak bermaksud menyuruh awak pergi selamanya.
 Saya cume nak
 kan ketenangan hanya untuk seketika sahaja. 
Dan InsyaALLAH bile saya dah
 kembali tenang, percayalah saya sendiri akan cari awak balik.
 Sesungguhnya, ketahuilah perempuan ni sukar 
untuk mengawal perasaan, terlalu emosional.

Kalaulah awak tahu....
Bila saya cakap, “carilah orang yang lebih baik dari saya
, tak bermaksud saya tak sayangkan awak, tapi saya 
nak awak dapat yang terbaik dalam hidup awak.

Kalaulah awak tahu....
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan
 itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya
 mereka saling memahami, mereka akan saling
 melengkapi
 dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan
 oleh Allah indah sekali.
 Di sebalik
 air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang baka
l menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu
 tampak lemah tapi dia
 punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang
 dunia 
dan mungkin boleh pula membuat lelak
i menjadi lemah kerananya.

Awak....
Hargailah kehadiran saya dalam hidup awak sebab saya
 didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi saya
 juga ada kekuatan untuk menyokong awak dan
 membuatkan hidup
 awak lebih sempurna. 

InsyaALLAH....

Aminnnn....



**Ya Allah, kenape banyak sangat kekuranga
n yang KAU beri kat aku? kenape hidup aku
 susah nak bahagie? kenape aku tak pernah
 dapat ape
 yang aku nak? aku cume nak jadi
 yang TERBAIK di mate dia. kenape susah sangat?