my life ツ

Friday 17 February 2012

PERNAH TAK ? ='(



Assalamualaikum....

Hai semua... =)

Korang semua pernah rasa sedih tak? Pernah tak rasa sedih yang amat sampai korang tak boleh fokus ngan aktiviti harian korang? Pernah tak rasa sedih sampai korang tak boleh fokus dalam pelajaran? Pernah tak rasa sedih sampai rasa nak bunuh diri sendiri? Pernah tak rasa sedih sampai rasa nak bunuh orang yang buat korang sedih tu? Pernah tak rasa sedih sampai rasa dah tak nak hidup lagi? Pernah tak rasa sedih sampai tak mampu berhenti mengalirkan air mata walaupun sekejap? Pernah tak rasa sedih sampai kadang2 rasa dunia ni tak adil untuk korang? Pernah tak rasa sedih sampai korang rasa tak boleh nak berdepan ngan realiti kehidupan? Pernah tak rasa sedih sampai korang putus harapan untuk hidup? Pernah tak rasa sedih sampai korang tak sanggup nak tengok matakorang sendiri kat cermin? Pernah tak rasa sedih sampai korang rasa koranglah manusia terburuk dalam hidup?


 
Pernah tak?

Aku pernah.

Aku pernah rasa semua tu. SEMUANYA!






Aku pernah rasa sedih sampaikan tak boleh nak fokus ngan apa yang aku buat. Aku pernah rasa sedih sampaikan aku rasa diri aku ni langsung tak berguna. Kadang2 rasacam nak bunuh diri. Biar takde lagi kesedihan tu sume. Tapi tu bukan jalannya. Aku sedar bunuh diri tu dosa besar. Aku pun pernah cam nak bunuh je orang yang wat aku sedih tu.

Tapi, sape laa kita ni kan? Apa pun yang jadi, kita kena ingat Allah. Biar Allah yang balassumenya. Apa yang mampu kita buat, berdoalah tanpa henti...

Sebenarnya, apa yang aku nak cakap ni?
Entah. Aku pun tatau. Sekadar nak luahkan perasaan. Sebab malam semalam, aku dapat satu berita. Bukan dapat dari orang lain, tapi aku tengok sendiri buktinya. Aku sedih sangat... sangat2 sedih lepas tau sume tu. Sampaikan aku tak boleh tidur. Duk teringatje... pastu kan... tetiba je air mata aku kuar... huuuuaaaaaaaaaa :'(

Kenapa mesti aku rasa sume tu? Aku dah puas kuatkan hati sendiri. Jangan ingat lagi. Lepaskan sumenya... Biarkan sumenya berlalu. Jangan seksa diri sendiri lagi. Tapi aku tak boleh tipu diri sendiri. Hakikatnya, aku rasa sedih yang amat sangat. Allah je tau perasaan aku... =(

Aku anggap ni sume dugaan Allah untuk aku. Aku tahu Allah takkan duga melebihi kemampuan aku. Kan? Soooo... aku reda dan time sumenya. Doa aku, agar Allah kuatkan aku untuk hadapi sumenya. Kuatkan aku untuk berdepan ngan sumenya.

Aku harap, esok kesedihan ni akan pergi untuk selamanya.........

------> Best nya tengok hujan turun. Tenang rasa hati......... =)