my life ツ

Thursday 23 August 2012

hey korang boleh tak tolong FAHaM aku !

tolonglah jangan kaitkan aku dengan sesiapa.
aku memang cepat mesra dengan orang.
tapi aku jugak cepat renggang.
tapi bila aku mesra dengan seseorang,
tolonglah jangan buat spekulasi yang boleh mengundang kontroversi.

bila aku cakap aku TAK SUKA.
tu maknanya aku memang tak suka.
tak perlu tunggu aku ulang perkara sama untuk berkali-kali.
tak perlu tunggu aku untuk cakap aku TAK SUKA dua, tiga kali.

buat masa sekarang, aku hanya ingin berkawan.
dalam hidup aku, takde yang aku harapkan.
dalam hati aku, takde yang aku impikan.
so, please. jangan buat macam aku ni desperate sangat kat someone.

kadang-kadang percakapan korang tu yang buatkan aku renggang dengan korang.

aku berdiam bukan aku marah.
aku menjauhkan diri bukan aku cemburu.
tapi aku penat rapat dengan seseorang tapi pada akhirnya aku dikhianati.

dunia sebenar dan dunia alam maya itu tak banyak bezanya.
dulu aku lebih prefer kawan2 dunia alam maya sebab mereka best.
tapi sekarang, kawan2 dunia sebenar lagi menceriakan hidup aku.
sebab mereka akan selalu disini disisi aku.
berkawan bukan untuk mendapatkan sesuatu.
tapi berkawan dengan ikhlas.

korang tak payah berkias-kias kalau nak marah aku.
korang tak payah nak sindir-sindir kalau tak puas hati ngan aku.
PM aku, marah je aku. bagitau je aku kalau kau menyampah dengan aku.


       Salam semua..Tajuk entri aku kali ini ialah menangis,aku sangat pasti setiap orang pernah melalui waktu2 sedih dalam hidup kan,tak kira la perkara tu kecil ataupun besar asalkan ianya boleh membuatkan kita rasa sedih dan mengalirkan air mata.Tapi sedih tu tak semestinya kita mengalirkan airmata je kan,lebih2 lagi bagi kaum lelaki, bagi mereka kalau keluar airmata jatuh la ego!!!..ye ke bang?? nanti ego jatuh besama air mata ye. Yang pasti lelaki pun menangis juga kalau sesuatu perkara tu amat menyedihkan.Aku penah je tengok lelaki menangis!!! ayah aku! siyes!

      Apa yang membuatkan korang menangis ek? ada banyak sebab kan,tapi kadang2 kita menangis untuk sesuatu perkara yang tah apa2.Contohnya bile pelajar feberet korang dalam Akademi Fantasia disingkirkan,nangis bila tengok drama2 yang menyayat hati ( aku slalu gak ni kalo tgk drama arahan Rashid Sibir), nangis bila bf korang batalkan janji last2 minit (ade gak.hehe),nangis bila tengok hindustan, nangis sebab kucing hilang.Banyak lagi la kalau nak senaraikan.

     Orang cakap yang selalu keluarkan air mata ni kaum wanita sebab tu la bak kata orang airmata tu senjata wanita, memang betul pun! tu aku sangat mengakuinya. Lelaki ni menangis juga tapi mereka dah diajar dari kecik supaya menjadi hati batu,kuat dan cekal sebab tu la sangat susah nak melihat mereka menangis. Tabahnya kamu wahai lelaki! Dan kalau kita melihat seorang lelaki tu menangis pula bukan lah bermaksud yang mereka ni pondan atau lemah, tetapi mereka tak dapat membendung lagi kesedihan tu.Maafkan lah mereka, mereka juga manusia yang punya hati dan perasaan!

Cinta dan persahabatan ? Aku lebih rela memilih ....

 Cinta dan persahabatan . 
Ada kalanya  indah , 
ada kalanya suram tak bererti.

" Mengapa mengejar cinta yang tak berkesudahan sedangkan adanya persahabatan yang tulus namun tak dapat dilihat dengan mata kasar. Hanya dengan mata hati. "


Aku pernah mengejar cinta seseorang yang tidak berbalas dalam diam. tapi , apabila cinta dibalas .. 

Baru aku sedar tentang erti kehidupan.
Baru aku sedar yang aku sudah tersilap langkah.
Baru aku sedar yang aku masih belum bersedia untuk menghadapi semua.

Aku sendiri gagal untuk menerima cinta yang dibalas kerana aku masih ragu  - ragu dengan diri aku sendiri. Dan , kepercayaan aku pada dia masih belum sempurna. Mungkin ada sebab mengapa aku memilih keputusan ini. Ya . Memang ada.

Demi persahabatan yang telah terbina sekian lama , aku cuba untuk membuang perasaan ini dari menguasai diriku. Aku juga tak mahu hubungan persahabatan ini terjejas gara - gara timbulnya perasaan asing itu.

Persahabatan lebih unggul daripada percintaan. Tanpa persahabatan , cinta akan berakhir. Tetapi , tanpa percintaan .. persahabatan akan terus kekal.  Dan kerana itulah aku memilih persahabatan.

Bagi aku ,seseorang jarang boleh hidup tanpa adanya sebuah persahabatan. Kerana persahabatan itulah yang menceriakan hari yang suram. 


                     

  



My Heart Whispering : Semua yang berlaku atas ketentuannya. Kita sebagai manusia hanya mampu pasrah dan redha dengan takdir yang telah ditetapkan.  

Friday 29 June 2012

awakk ..


awak 
semalam saya gelisah sebab
pikir kan salah saya pada awak ...

awak 
malam tadi mata saya tak boleh
lena sebab pikir kan pasal awak ...

awak 
menitis air mata saya bila
baca mecej awak hanta kat saya semalam ...

awak
hati saya tak keruan semalam
sampai saya berkhayal dalam class
sbb fikirkan pasal awak ..

awak 
saya rasa gelisah sampai saya 
mengadu kat hikmah ,mia , era pasal kita

awak 
saya menyesal dengan perbuatan saya ..

awak
maafkan saya sebab dah sakitkan
hati awak ..

maafkan saya sebab tak jaga perasaan awak ..

maafkan saya sebab tak memahami awak ..

maafkan saya sebab menjadi "kekasih" yang tak mampu 
untuk gembirakan awak ..

maafkan saya sebab menjadi "kekasih"
yang tak sempurna untuk awak ..

maafkan saya sebab tak dapat 
menjadi "kekasih" yang terbaik untuk awak ..

maafkan saya sebab tak tahu
untuk menilai awak ..

maafkan saya jika saya selalu
membuat hati awak terlukaa ..

maafkan saya sebab awak terlalu 
baik untuk saya , walaupun saya selalu
sakit kan hati awak ..

awak 
maafkan saya sekali lagi ..

tapi awak ...
ingatlah yang saya takkan pernah
membenci awakk ..

tak pernah sedikit pon untuk
berdendam dengan awak ..

saya tak pernah lupe mendoakan 
kebaikan untuk awakk ..

terima kasih segala-galanya
atas suka duka kite bersama ..

awak ..
saya mintak maaf sebab mencintai awak ..
saya mintak maaf sebab menyayangi awak ..
saya mintak maaf sebab menrindu awak ..
saya mintak maaf jika saya tidak layak
untuk jadi teman hidup awak ..

semoga dengan apa yang terjadi ni
akan mendewasakan kita ..

awak ...
maafkan saya ya ...
jaga diri awak baik baik taw
jangan nakal nakal ..
jaga makan minum ...
study rajen2 oke ? :')


saya harap awak bahagia kat 
sana walaupun tanpa saya ..
tanpa ganguan saya ..


akhir sekali 
salam sayang untuk awak
I LOVE YOU SO MUCH  awak ..


assalamualaikum awak .. :')

Tuesday 8 May 2012

ANDAI KU TAHU ~

Assalamualaikum ,
Tiba tiba aku teringat lirik lagu ni .


Andai ku tahu,
kapan tiba ajalku,
ku akan memohon,
Tuhan tolong panjangkan umurku.
Andai ku tahu,
kapan tiba masaku,
ku akan memohon,
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku...

Sahabatku sekelian ,lirik ini bagus untuk sama sama kita ingat tentang kematian tetapi yang sebenarnya kita tidak perlu menunggu hingga saat kematian tiba baru tergerak hati untuk memohon agar Allah memanjangkan umur kerana kita tidak tahu bilakah masanya... sebaliknya pohonlah agar Allah panjangkan umur kita dari sekarang..Oleh itu, berdoalah dan bertaubatlah mulai saat ini dan hari ini .Usah kita bertangguh lagi .. Moga umur kita bertambah dalam kebaikan & bertambah lagi iman kepada Allah . Biar setiap nafas , kita sentiasa dalam keinsafan .. Menangis ketika bertaubat meraih keampunan & keredhaan NYA .

Monday 5 March 2012

Manusia yang menghargai cinta :')




Tomorrow ?  yeah tomorrow school ;( takde mood nak p sekolah .
 k tadi ada baca something , what ? secret 
, haha .. 
bukak blog kakak sorang ni * boleh dikata kan kakak lah * padahal tak kenal pon.. 
hehe
  kk , Story dia sangat sedih sampai aku pun mula nak menangis . 
Haha , chill tashaa chill :'/ bukan benda tu berlaku dkt kau pun tapi dekat kakak tu :')
 hati dia baik sangaaaat wehh even ada kawan baik dia suka kan dekat bf dia tapi
 dia tetap sayangkan bf dia . Ya allah , ada juga kan manusia macam tu ,
 masih kuat even benda macam tu berlaku tapi aku ?
 aku tak boleh kuat untuk hadapi benda ni semua sikit sikit nak menangis , 
sikit sikit nak salah kan orang nak tuduh bagai  . 
Aku lemah sangat tapi kenapa dia boleh kuat untuk hadapi benda
 yang sama pernah berlaku dekat aku . Semua ada kelemahan dan kelebihan kan :)
  maybe dia terlalu sayangkan bf dia sampai setiap malam setiap hari dia
 doakan hubungan dia dengan bf dia akan kekal selama-lamanya , 
insyaallah . Kalau boleh aku pun nak hubungan aku kekal , 
hari hari aku pun akan doakan benda yang sama . 
InsyaAllah akan termakbul doa aku selama ni :') 
# keep our promise dear :')  take care yourself and
 remembers Allah is always with us :)

Tak mudah untuk kita lupa kan .



  Assalammualaikum 


Apa kaitan picture tu ..... nak tahu ? Meh baca .
 Hati seseorang yang pernah dilukai memang susah kan nak jadi kan balik
 pada yang asal ?
 lagi lagi kalau perempuan . 
Perempuan kan hati dia lembut .
 Aku pun perempuan :'> Memang bnyk benda buruk yang berlaku dekat aku tapi
 aku cuba untuk terima ,
 aku tahu itu semua dugaan dari Allah kan :)
 Allah saja nak uji kita , 
bila kita susah kita ingat dia tak ? kalau ingat tu , alhamdulillah .
 Kalau masih tak ingat , masih bergantung pada perasaan .
 Takde apa yang kita dapat ...
 Selagi aku mampu bersabar , tenang , kuat untuk hadapi semua ni ,
 aku akan cuba terima dengan seadaanya tapi kadang kadang tu , 
hati ni memang terlalu sakit sampai kan tak boleh nak kawal perasaan ni  ,
 mesti kita nangis kalau teringat semua benda tu .
 Dari pandangan orang yang dah buat benda yang kita tak sangka kan tu ,
 dia memang tengok kita dah macam boleh lupa kan dia
 tapi dia silap takde manusia
 pun dapat lupakan benda yang tidak disangkakan kita akan berlaku dekat kita .
 Kita masih boleh tenang , 
kalau diri ni selalu dekat dengan Allah , cuma dia je mampu
 buat kita tenang semula :) 
Sekarang ni , aku masih tak dapat nak lupa kan semua tu . 
Hati ni masih sakit , sedih tapi kena lah redha kan ,
 benda dah berlaku nak buat mcm mana . Setiap apa yang 
berlaku memang ada 
hikmah di sebalik nya kan ? Okay . 
Aku tak bergantung sangat apa yang aku harapkan sekarang . 
Kita hanya mampu merancang tapi bukan kita yang menentukan :)
 Setiap kawan mesti ada helah di sebaliknya . 
Tak guna ada kawan tapi cuba merosakkan hidup kawan sendiri ,
 tak guna nya ada kawan cuba amik kesempatan atas kita apa yang kita
 miliki sekarang .
 Tak guna ada kawan , cuba mahu rampas kebahagian kita . 
Tak semua kawan yang baik dari pandangan kita , baik dalam hati dia .
 Memang ramai cakap kawan tu lagi penting dari BF/GF kann .. 
tapi kawan tak semua nya kekal pada kita ,
 tak semua nya akan ingat kita sampai mati ,
 tak semua berada di sisi kita senang atau susah ,
 tak de kawan pun yang akan memahami apa yang kita rasa kan ? 
:) Tak semua GF/BF tak berguna malah ada yang berguna untuk kita :)
 yang berguna untuk kita , 
yang selalu tegur kita jika kita buat silap , 
membetulkan diri kita pada yang tak elok kepada yang elok , 
mengajar kita ke jalan yang benar ,
 bimbing kita dalam agama , takde apa yang di sorokkan dari kita walau apa
 jua pun kan :)
 memang susah nak cari mcam tu . 
Tak smua nya yang player akan player sampai mati tapi
 suatu hari nanti bila jodoh dia dah datang dia akan setia . Jangan bergantung
 pada kawan sngat ,
 jangan berharap pada gf/bf tapi kita boleh bergantung dan berharap
 pada keluarga sebab itu yang kekal dalam hidup kita :)
 Utama kan keluarga sebelum utama orang lain kann ?
 So ambil lah pengajaran sebab diri ni dah pernah merasa :)